Kerajaan Perak telah hantar permohonan naik taraf JRTB Gerik Jeli tahun lepas: Saarani

LocalPolitics
21 Mar 2023 • 1:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Kerajaan Perak telah menghantar surat permohonan bagi menaik taraf Lebuh Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli kepada Kerajaan Persekutuan tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar).

Beliau berkata permohonan dibuat selepas beberapa kajian dan pemantauan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya serta Majlis Daerah Gerik bagi mengenal pasti kerosakan lebuh raya berkenaan.

“Kita (kerajaan negeri) bukan sahaja hantar surat tetapi kita pergi berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) (mengutarakan mengenai keadaan lebuh raya berkenaan) sebelum pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

“Jadi, apabila Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad) mengeluarkan kenyataan di Parlimen baru-baru ini bahawa tiada permohonan menaik taraf lebuh raya berkenaan dilakukan oleh kerajaan negeri Perak, ia tidak benar,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Kerajaan Tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan (KKT Perak) 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata beliau bersama Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Seri Fadillah Yusof telah turut turun padang untuk melihat kerosakan teruk di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya berkenaan. -Bernama