Kerajaan Perkenal ‘AI Untuk Rakyat’ Bagi Memudahkan Pembelajaran Secara Percuma

16 Jan 2024 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini sudah meluas digunakan oleh rakyat Malaysia sama ada dalam bidang pekerjaan atau pembelajaran.

Hari ini, Perdana Menteri telah melancarkan sebuah laman sehenti iaitu ai.gov.my khusus buat rakyat Malaysia mempelajari dan memahami asas kecerdasan buatan (AI).

Difahamkan, laman ini membolehkan sesiapa sahaja melakukan pendaftaran dan memilih untuk belajar berkenaan dengan kecerdasan buatan ini dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil.

Menariknya, platform berkenaan juga turut menyediakan sokongan audio dan juga dalam bentuk Braille bagi memudahkan Orang Kurang Upaya (OKU).

image is not available

Malah, platfrom AI ini dapat engajar berkenaan sejumlah perkara melibatkan kecerdasan buatan, termasuk meliputi NLP (Natural Language Processing) dan juga CV (Computer Vision).

Sementara itu, kerajaan menyasarkan jutaan rakyat Malaysia akan dapat mengikuti pembelajaran asas ini dan memahami lebih lanjut berkenaan dengan kecerdasan buatan (AI).

Tambahan, pendekatan ini dapat mengubah kehidupan harian pengguna, termasuk impak dari segi pekerjaan dan juga ekonomi.

Wow, menariknya lepas ni lebih mudahlah nak guna AI!

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengatakan kerajaan berkemungkinan mewajibkan media sosial untuk mempunyai lesen operasi.

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Walaupun sekadar content, tak perlu kecam dia macam tu sekali. Kalau tu rezeki dia, dia kira bertuah la orang nak belanja dia #OMRasa#UpahRM100#Tamak

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media