Kerajaan perkenal Program Komuniti Madani, sedia geran sehingga RM100,000

LocalPolitics
13 Oct 2023 • 9:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkenalkan Program Komuniti Madani di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi mendukung usaha memartabatkan ekonomi komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti Madani (DKM) bagi menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti untuk menjayakan Program Komuniti Madani.

“Hari ini, naskhah Belanjawan 2024 yang saya jinjing kemas di dalam beg ini hasil usaha komuniti kraf tempatan.

“Saya yakin, kita sebenarnya boleh mengangkat martabat ekonomi komuniti setempat supaya menghasilkan pendapatan bermakna buat mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program tersebut bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Ia membabitkan lima sektor tumpuan, iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.

“Setiap komuniti, baik di kampung mahupun di bandar, akan diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan pilihan mereka," katanya. - 13 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved