Kerajaan perkenal susu formula harga Rahmah

14 Jul 2023 • 1:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fuziah (dua, kiri) merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut, Tumpat pada Jumaat.

TUMPAT - Kerajaan akan memperkenalkan susu formula harga Rahmah dalam masa terdekat bagi membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu harga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar susu tepung berkenaan.

"Kita sudah melaksanakan sesi libat urus bersama pengeluar, setakat ini maklum balas yang diberikan oleh mereka amat positif," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Sebelum itu beliau merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut di sini.

Sinar Harian pada 17 Jun lalu melaporkan KPDN akan mengadakan libat urus bersama syarikat pengeluar susu formula bagi membincangkan berkenaan harga Rahmah.

Fuziah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kenaikan harga susu formula di pasaran ketika ini malah tindakan segera akan dilakukan bagi mencari solusi meringankan beban rakyat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved