Kerajaan perlu ‘cakap serupa bikin’: Warisan

LocalPolitics
2 Dec 2023 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau Azhar bin Datuk Matussin (gambar) menyeru kerajaan negeri untuk ‘cakap serupa bikin’ merealisasikan peruntukan, projek dan dasar seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Negeri 2024.

Menerusi pembentangan bajet itu, merujuk kepada Perenggan 109, beliau berkata terdapat peruntukan sebanyak RM679.85 juta untuk mengurus dan menangani masalah kekurangan air, dan RM156.77 juta diperuntukkan untuk penyelesaian jangka pendek dan segera kepada masalah air.

Manakala sebanyak RM258.05 juta diperuntukkan untuk penyelesaian jangka sederhana dan panjang bagi masalah air di Sabah, katanya.

“Terima kasih atas peruntukan ini, tetapi jangan biarkan ia seperti pepatah Melayu yang berbunyi “sekadar melepas batuk di tangga”, yang bermaksud suka mendengar tentang peruntukan yang banyak dan besar yang mengagumkan dan cantik di atas kertas, tetapi bukan pada pelaksanaan projeknya

“Justeru, saya berharap pada tahun 2024, isu air dapat diselesaikan sepenuhnya kerana ramai rakyat di Sabah menderita akibat masalah bekalan air yang berterusan,” katanya.

Azhar berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2024 di Dewan Undangan Negeri di sini minggu ini.

Sambil menyokong cadangan Belanjawan Negeri 2024, beliau bertanyakan kepada kerajaan berapa peratus daripada keseluruhan bajet 2023 sebanyak RM5.138 bilion yang telah dilaksanakan, setakat ini.

“Saya bertanya soalan ini kerana terlalu banyak gangguan terhadap keperluan asas di Sabah pada tahun ini terutama air, elektrik dan jalan raya. Ini adalah perkara asas yang sepatutnya hanya dibincangkan secara pentadbiran dan bukan lagi sebagai tajuk utama di peringkat kerajaan.

“Merujuk kepada jadual dari laman web Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST), Indeks Purata Gangguan Sistem (Saidi) di Sabah di bawah Sabah Electricity Sdn Bhd (Sesb), dilihat mengalami trend menaik yang teruk berbanding Saidi di Semenanjung di bawah seliaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saidi Sabah pada 2019 ialah 205.31 minit, ia menurun kepada 189.44 minit pada 2020 dan pada 2021 terdapat peningkatan gangguan kepada 332.14 minit.

“Pada 2022 terdapat sedikit penurunan kepada 296.22 minit tetapi meningkat semula tahun ini. Sehingga Ogos 2023, jumlah rekod Saidi ialah 351.53 minit secara tahunan,” katanya.

Di Semenanjung, kata Azhar, laman sesawang ST menunjukkan Saidi untuk TNB pada 2019 ialah 28.13 minit, dan turun kepada 44.95 minit (2020), 45.21 (2021), 45.06 (2022) dan setakat Ogos tahun ini, mencatatkan 30.51 minit secara tahunan asas.

Bagi masalah bekalan air, beliau berkata memadai untuk beliau merujuk isu seumpama itu di kawasannya terutama di kawasan Kingfisher Park 2 yang paling hampir dengan Dewan Undangan Negeri.

“Jumlah gangguan air dari September 2023 hingga 24 November 2023 ialah 36 hari. Maksudnya dalam tempoh 85 hari terdapat 36 hari gangguan bekalan air. Kita boleh nyatakan ini sebagai ‘Gangguan Melampau’ dalam era digitalisasi ini,” katanya.

Beliau kesal dengan keadaan jalan raya di Sabah yang dinaik taraf dan ditambah baik secara tiba-tiba dan segera dengan kehadiran Yang Di-Pertuan Agong, Permaisuri serta kerabat diraja mereka menerusi program “Kembara Kenali Borneo” September lalu, tahun ini.

Beliau berkata jalan sebegitu kelihatan baik secara adhoc dan kini, rakyat Sabah sudah mula merasai keadaan jalan tersebut sebelum program “Kembara Kenali Borneo”.

Azhar berkata kerajaan negeri perlu memindahkan penduduk di tiga kampung di Darau iaitu Kg Rampayan Laut, Kg Seradan dan Kg Tobur secepat mungkin kerana mereka berdepan risiko banjir.

“Pada Januari 2020, Kg. Bahagia dekat Kg. Darau telah diluluskan dan diwartakan sebagai kampung untuk penduduk Kg. Rampayan Laut, Kg. Seradan dan Kg. Tobur yang menghadapi risiko banjir. Bagaimanapun, mereka masih belum dipindahkan ke Kg Bahagia.

“Minggu lalu, sekali lagi tiga kawasan kampung itu dilanda banjir dan penduduk yang sepatutnya dipindahkan masih berhadapan dengan situasi banjir yang merugikan penduduk setempat, khususnya November 2023 ini adalah permulaan Monsson Timur Laut dan untuk Sabah, kita akan menerima taburan hujan antara 100mm dan 400mm.

“Justeru, kerajaan perlu memastikan penduduk ketiga-tiga kampung itu dapat dipindahkan dengan kadar segera kerana sekarang mereka akan berdepan risiko banjir lagi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.