
Kota Kinabalu: Kongres Momogun Nasional (MNC) menyokong penuh Belanjawan Negara 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Feb lepas.
MNC menyifatkannya sebagai pelan tindakan strategik yang proaktif, berpaksikan perniagaan dan rakyat, berkonsepkan kesejahteraan dan kemakmuran negara sebagai terasnya.
Presiden MNC Tan Sri Wences Angang berkata Belanjawan 2023 meliputi setiap sektor dan komuniti, dan benar-benar mencerminkan tema Malaysia Madani.
“MNC juga memuji inisiatif Perdana Menteri untuk memberi penekanan khusus kepada keperluan infrastruktur Sabah dengan peruntukan RM6.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur di wilayah ini.

