
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah tidak boleh dianggap sebagai Kerajaan Perpaduan kerana ia tidak mematuhi atau mengikuti format Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, dakwa Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Jeffery Nor Mohamed.
Jeffery berkata Kerajaan Negeri hanya ada dua gabungan saja iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah.
Manakala, parti-parti lain yang berada dalam Kerajaan Perpaduan Persekutuan tidak ada di Sabah.
“Jika ada anggota Kabinet Negeri Sabah yang dikatakan dari Umno Sabah, itu lantikan sendiri dari Ketua Menteri bukannya restu daripada Umno Sabah seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini, bahawa GRS tidak akan berpisah dengan rakan kerjasama dalam PH, yang membentuk Kerajaan Negeri ketika ini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jeffery yang juga Ketua Bahagian Umno Putatan menegaskan Umno Sabah mempunyai autonomi.
“Kalau Hajiji menganggap Umno Sabah sebagai dalam Kerajaan Negeri, kenapa melayan Umno Sabah seperti pembangkang di Sabah? Ini terbukti dari siri Jelajah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Kinabatangan, baru-baru ini.
“Kalau bersahabat mesti berterus terang dan jujur,” tegasnya, menambah ada pemimpin komuniti yang menyokong keputusan Umno Sabah yang lalu sudah dipecat.
Katanya, segelintir daripada mereka ditawarkan untuk menyertai masuk PGRS jika mahu dikekalkan jawatan.
Beliau mendakwa, pelantikan baharu pemimpin komuniti tempatan tidak lagi melibatkan mereka yang menyokong Umno Sabah.
Jeffery juga kesal bahawa beberapa pemimpin GRS masih lagi mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang-orang Umno Sabah.
Untuk rekod, beberapa pemimpin Umno Sabah kehilangan jawatan kementerian mereka dalam Kerajaan Negeri apabila sekumpulan cuba menjatuhkan Hajiji awal tahun ini tetapi gagal.
Mereka yang tidak menyokong cubaan rampasan kuasa itu kekal sebagai ahli Umno kerana undang-undang antilompat mewajibkan wakil rakyat dipecat oleh parti terlebih dahulu, dan jika tidak, mereka boleh meneruskan keahlian mereka.
Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi cuba meyakinkan Kerajaan Negeri untuk menerima semula pemimpin Umno Sabah yang dipecat, tetapi ditolak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

