
Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, PMO berkata Petronas juga sentiasa menjelaskan semua bayaran tunai hasil daripada pengeluaran petroleum itu berdasarkan peruntukan, perjanjian sedia ada serta mengikut arahan Kerajaan Persekutuan.
“Selain itu, Sabah juga menerima hasil cukai jualan daripada Petronas berjumlah lebih kurang RM3 bilion, selari dengan perlaksanaan cukai itu dari tahun 2020,” katanya.
Jawapan PMO itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Jonathan Yasin (GRS-Ranau) mengenai jumlah hasil jualan petroleum yang diperolehi Kerajaan Persekutuan dan Petronas daripada hasil minyak bumi atau lautan Sabah setiap tahun bermula 1976 sehingga sekarang.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

