
SANDAKAN: Isu rakyat tanpa dokumen adalah isu yang kompleks kerana Kerajaan Persekutuan tidak menunjukkan konsistensi dalam menanganinya sejak 30 tahun lalu.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata Putrajaya perlu segera mengiktiraf isu orang tidak berdokumen sebagai kebimbangan keselamatan negara, dan mengumpul kuasa politik yang diperlukan untuk menyelesaikannya.
Vivian berkata, berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tahun 2019, daripada jumlah kasar diterjemahkan kepada bersamaan 1.13 juta orang, atau kira-kira 1 dalam 3 orang di Sabah berdaftar sebagai bukan warganegara.

![“Orang pertama ni!” – [VIDEO] Lelaki Sanggup Cari ‘Roadblock’ Sebab Nak Cuba ‘Road Tax’ Digital](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)