Kerajaan pertimbang cadangan gaji minimum RM3,000 buat graduan

14 Mar 2024 • 3:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyatakan cadangan gaji minimum RM3,000 buat graduan mungkin akan diluluskan oleh pihak kerajaan.

Memetik laporan Buletin TV3, cadangan itu telah dikemukakan di peringkat awal perbincangan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

Cadangan gaji minimum RM3,000

“Saya difahamkan akan ada cadangan kertas putih yang akan dibentangkan dan akan diserahkan kepada kedua-dua kementerian tersebut untuk menyediakan pendekatan dan cadangan baharu yang nak dikemukakan.

“Pendekatan yang mungkin dilaksanakan itu perlu mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), termasuk soal gaji graduan KPT,” katanya lagi.

image is not available

Foto: New Straits Times

Sehubungan itu, ruangan komen tersebut laporan telah ‘dibanjiri’ dengan pelbagai reaksi dan pendapat dalam kalangan netizen.

Satu motivasi untuk menamatkan pelajaran

image is not available

InsyaAllah jadi kenyataan

image is not available

Terdapat juga pengguna media sosial yang gusar menyatakan, sekiranya cadangan gaji minimum diluluskan akan terjadinya kadar pengangguran yang lebih serius.

Risau majikan tak mahu ambil bekerja

image is not available

Syarikat akan mengerjakan pelajar STPM dan SPM sahaja

image is not available

Terdahulu, menerusi laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengakui pelaksanaan gaji minimum begitu sukar dan rumit untuk diselesaikan namun isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan penyelesaian ‘sekali dan untuk semua’.

Sumber: Buletin TV3, Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim dan Latifah Arifin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved