Kerajaan pertimbang subsidi telur ayam ditamatkan - Mat Sabu

LocalPolitics
9 Oct 2024 • 10:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad Sabu

PUTRAJAYA - Kerajaan mempertimbangkan untuk menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.

Berucap di perhimpunan bulanan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjimatan tersebut akan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain, yang lebih mendesak.

"Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C," katanya pada Rabu.

Pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM927 juta bagi subsidi telur ayam.

AKAN MENYUSUL