Kerajaan pertimbang tawar nombor plet khas untuk EV

Cars
17 May 2023 • 10:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke telah berkongsikan beberapa berita menarik untuk landskap EV di Malaysia. Antaranya adalah pihak kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan EV yang baharu sebelum 2023 tamat. Ia bagi mempersiapkan pengguna EV yang sekarang menikmati insentif cukai jalan percuma sehingga 2025.

Selain itu, beliau turut mengumumkan sedang mengkaji beberapa insentif baharu yang ingin ditawarkan bagi merancakkan penggunaan EV di Malaysia. Antaranya adalah pengenalan nombor pendaftaran khas untuk kenderaan EV dan juga nombor pendaftaran pintar yang mungkin boleh ditambah teknologi RFID padanya.

Inisiatif sebegini adalah sesuatu yang wajar dipuji. Walau bagaimanapun, masalah paling utama dengan Malaysia adalah sehingga hari ini kita masih gagal menguatkuasakan peraturan papan nombor pendaftaran seragam.

Norway, antara negara Eropah dengan jumlah EV yang banyak di atas jalan raya memasang papan pendaftaran khas untuk kenderaan EV-nya. Malahan pemandu EV menerima insentif seperti dikecualikan daripada membayar tol dalam tahun 1997, tempat letak kereta percuma bermula 1997, dan boleh gunakan laluan bas dalam tahun 2023 (sumber).

image is not available
Pendaftaran kereta EV di Norway

Di UK, kenderaan petrol yang memasuki kota London dikenakan dua fi iaitu ULEZ dan Congestion Charge. Kenderaan yang memasuki zon Ultra Low Emission dikenakan bayaran GBP12.50/hari (RM70.57) dan terdapat zon tertentu yang Congestion Charge dikenakan pada GBP15/hari (RM84/68). Berita baiknya, kenderaan EV dikecualikan daripada kesemua ini.

image is not available
Pendaftaran kereta EV di United Kingdom

Selain itu, Malaysia juga sedang bekerjasama dengan Proton dan Perodua untuk mempercepat pembangunan kereta elektrik nasional. Kerajaan turut berikrar untuk menambah baik kecekapan pengangkutan awam