Kerajaan Pertimbang Tol Percuma Secara Bersasar – PM Anwar

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 3:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan sedang memperincikan pendekatan yang lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.

image is not available

Foto: The Sun

Menurut laporan Kosmo! Online, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah ini sejajar dengan usaha penyelarasan subsidi oleh kerajaan.

“Ada pihak mempersoalkan mengapa tol percuma diberi kepada semua termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.

“Kita perlu teliti supaya rakyat terkesan di peringkat bawah diberikan pertimbangan lain,” katanya pada sidang akhbar penutup Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland hari ini.

image is not available

Foto: Carian Google

Media sebelum ini melaporkan tiada lagi tol secara percuma sempena musim perayaan kepada pengguna lebuh raya di negara ini bermula tahun ini.

Kementerian Kerja Raya sebelum ini memaklumkan tahun lalu adalah tahun terakhir pemberian tol percuma.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan keputusan tersebut akan diganti dengan pendekatan yang lebih bersasar.