Kerajaan Pertimbang Untuk Membolehkan Pembaharuan Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun

TechnologyDigitalCars
23 Feb 2023 • 8:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Lesen Memandu

Lesen memandu yang perlu diperbaharui tarikh luput sering didebatkan keperluaannya oleh ramai pengguna. Menjawab mengenainya, Menteri Pengangkutan Anthony Loke buat masa ini, pelbagai perkara sedang dibincangkan dalam memudahkan urusan pengurusan lesen kepada pengguna.

image is not available

Salah satunya adalah membenarkan para pemilik lesen memandu untuk boleh perbaharui sehingga tempoh 10 tahun. Ini adalah peningkatan sekali ganda berbanding hanya terhad pembaharuan 5 tahun buat masa ini.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lagi pengguna – dan pada masa yang sama, mungkin sedikit diskaun diberikan bagi yang melakukan pembaharuan sehingga 10 tahun.

Penawaran lesen tanpa tempoh luput masih perlu dikaji secara menyeluruh, memandangkan pembaharuan lesen memandu adalah salah satu bentuk pendapatan kepada kerajaan.

image is not available

Buat masa ini, Kementerian Pengangkutan masih pada peringkat perbincangan akhir, dan sokongan pembaharuan lesen memandu sehingga 10 tahun mungkin diumumkan kepada umum tidak lama lagi.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan juga turut telah memperkenalkan penawaran aplikasi yang menyimpan data berkaitan lesen memandu dan lesen kenderaan.