Kerajaan Pulau Pinang Tangguh Pelaksanaan Tarif Air Baharu Hingga Julai 2026

LocalPolitics
1 Aug 2025 • 5:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini memaklumkan bahawa pelaksanaan tarif air baharu di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi Tempoh Pelaksanaan Kedua (TP2) ditangguhkan sehingga 1 Julai 2026.

Menurut laporan Kosmo Online, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pelarasan tarif itu pada asalnya dijadualkan bermula hari ini.

Tarif air baharu

image is not available

“Namun ia (tarif air baharu) ditangguhkan sehingga 1 Julai 2026, keputusan penangguhan selama setahun itu dijangka memberi manfaat secara langsung kepada 715,957 pengguna air di negeri ini,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan tarif air bagi pengguna domestik di hampir seluruh Semenanjung dan Labuan akan naik mulai 1 Ogos, susulan pewartaan struktur baharu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kadar baharu meningkat 20 sen kepada RM2.75 setiap meter padu, berbanding RM2.55 sebelum ini. Namun, kenaikan ini tidak melibatkan pengguna domestik di Perak.

image is not available

Sumber: Kosmo! Online (Safina Ramli)