
RANAU: Kerajaan Sabah merancang untuk mencadangkan kawasan tambahan untuk diwartakan termasuk Teluk Darvel di Lahad Datu, Pulau Mengalum di Kota Kinabalu, Perairan Mantanani di Kota Belud dan bekas kawasan Lombong Mamut di Ranau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Christina Liew.
“Semua usaha ini selari dengan komitmen Sabah terhadap Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), khususnya di bawah Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (GBF).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ia juga menyokong sasaran 30x30 untuk melindungi 30 peratus kawasan biodiversiti Malaysia menjelang 2030,” katanya semasa penutupan sambutan jubli berlian Taman-Taman Sabah di Kundasang.
Tambah Liew, selepas 60 tahun penubuhan Taman-Taman Sabah, ia kini menyelia sembilan taman negeri di Sabah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Selain itu, beliau berkata terdapat 24 stesen pintu masuk dilengkapi dengan zon rekreasi dan pelbagai kemudahan pelancongan, bersama dengan sembilan pos kawalan di seluruh negeri.
Taman-Taman Sabah kini menyelia sembilan taman negeri di Sabah, dan terdapat 24 stesen pintu masuk dilengkapi dengan zon rekreasi dan pelbagai kemudahan pelancongan, bersama dengan sembilan pos kawalan di seluruh Negeri.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sepanjang enam dekad, Taman-Taman Sabah mencapai beberapa kejayaan, termasuk pemeteraian perjanjian Kawasan Perlindungan Warisan Pulau Penyu dua hala dengan Filipina pada 1996.
Pada 12 Jun 2014, Unesco mengiktiraf Banjaran Crocker, merangkumi 10 daerah di Sabah, sebagai Rizab Biosfera di bawah program Man and the Biosphere.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dari segi pelancongan, Liew menyebut Pulau Sipadan telah menjana pendapatan lebih RM16 juta sejak ia diwartakan pada 2009.
“Ketika kami meraikan kejayaan ini, kami berharap dapat meningkatkan usaha pemuliharaan dan memacu eko-pelancongan sebagai tonggak ekonomi penting bagi negeri ini,” tambahnya.


