Kerajaan salurkan STR Fasa 2 mulai 3 April, semak kelayakan dan kelulusan di sini

3 Apr 2024 • 1:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menjangkakan bantuan tunai diberikan oleh kerajaan mulai hari Rabu, 3 April 2024. Ini merupakan pemberian Fasa 2 STR selepas bayaran Fasa 1 dikreditkan pada bulan Januari lepas.

Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran bagi Fasa 2 ini, melibatkan bayaran antara RM100 sehingga RM650 setiap seorang. Bayaran ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima, atau boleh ditebus secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

STR 2024 layak dipohon oleh keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000, atau warga emas tanpa pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000, atau bujang berusia antara 21-59 tahun berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Semak status kelayakan STR

Orang ramai boleh menyemak status kelayakan STR 2024 melalui beberapa cara iaitu:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan
    memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Google Play Store
  3. Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
  5. Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan di portal rasmi boleh dibuat dengan memasukkan nombor MyKad. Seterusnya sahkan kata kunci keselamatan dan masukkan kata laluan. Selepas itu, boleh klik pada Semakan Status.

Jika status anda Lulus, bermakna anda akan menerima bantuan tunai STR. Status Tidak Lulus pula merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan, selepas proses semakan pengesahan dibuat.

Kalau anda belum pernah mendaftar untuk STR, anda boleh berbuat demikian di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan untuk memohon.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan