Kerajaan Sarawak dijangka selesai ambil alih MASwings pada 2024

21 Dec 2023 • 9:14 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan Sarawak dijangka selesai ambil alih MASwings pada 2024

zulfadli

21/12/2023 - 09:14

KUALA LUMPUR 21 Dis - Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan pada suku kedua atau ketiga tahun depan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata, pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Kementerian Pengangkutan dan Khazanah Nasional Bhd.

"Kementerian Pelancongan ditugaskan untuk melihat potensi pasaran. Bagi saya projek pengambilalihan adalah seperti jambatan untuk kita. Sarawak tiada pilihan lain, kita tak boleh suruh orang berenang sebab kita pulau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'The Life of Datuk Polycarp Sim Cheng Mong' di Kuching, Sarawak.

Pada 23 November lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings sebagai persediaan untuk pengambilalihan, lapor Bernama.

image is not available
Tan Sri Abang Johari Abang Openg

Katanya, rundingan juga sedang dijalankan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Khazanah untuk membeli saham dalam MASWings. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved