Kerajaan Sasar Kenal-Pasti 5 Syarikat Unikorn Menjelang 2030

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2025 • 11:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada acara MyFintech Week 2025 yang diadakan minggu ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkongsi sasaran kerajaan dalam mengenal-pasti sekurang-kurangnya 5 syarikat unikorn menjelang 2030. Nama “unikorn” sedia digunakan dalam dunia teknologi dan perniagaan, memperlihatkan syarikat berkenaan sedia mencapai nilai pasaran melangkaui $1 bilion.

image is not available

Salah satu syarikat yang telah mencapai status unikorn baru-baru ini adalah syarikat sebalik dompet digital Touch n Go eWallet. Walaubagaimanapun, nilai pasaran semasa tidak dikongsikan buat masa ini.

Beberapa syarikat lain turut disasar mencapai status berkenaan dalam tempoh masa kurang 5 tahun lagi. Kerajaan sendiri menyediakan beberapa inisiatif dalam perkara ini, termasuk melalui GEAR-uP yang peruntuk RM120 bilion melalui Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) untuk dilaburkan, selain geran-geran lain yang disediakan kerajaan.