
Kerajaan kini mengatakan sedang melakukan ujian rintis dalam menawarkan subsidi untuk petrol secara bersasar melalui penggunaan dompet digital.
Ujian rintis subsidi bersasar ini dijalankan dalam memastikan golongan B40 dan M40 menikmati subsidi petrol, sementara golongan lain tidak salah guna subsidi berkenaan.

Buat masa ini, ujian rintis ini masih pada fasa awal, dan pelbagai perkara sedang diteliti. Ini termasuk mengambil kira kaedah penggunaan dompet digital yang mungkin kurang digunakan di luar bandar, selain cabaran dalam mengimplementasi pemberian subsidi kepada individu dari golongan yang tepat.
Langkah ujian pemberian subsidi bersasar ini dalam memastikan mereka yang berpendapatan tinggi atau dari golongan T20 membayar penuh tanpa subsidi, dan memastikan bantuan kerajaan mencapai golongan yang memerlukan.
Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan ujian rintis ini dalam masa beberapa bulan lagi.
1. A pilot trial has been launched for the government's proposed targeted fuel subsidy scheme.
Deputy Secretary General of Treasury for Policy at MOF, Johan Mahmood Merican, told the Breakfast Grille on BFM, this involves using E-Wallets at petrol stations. https://t.co/K35tYfDZNG pic.twitter.com/y7b5OZ6Jre


