Kerajaan Sedang Membangunkan Sistem Penjejak Masa Nyata Untuk Pengecas EV

LocalTechnology
13 Apr 2026 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menaik taraf infrastruktur penjejakan bagi menyediakan data masa nyata tentang penggunaan dan status petak pengecas EV di seluruh negara.

image is not available

Sistem baharu yang diberi nama e-Mobility Service Platform (eMSP) sedang dibangunkan oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii). Ia akan menjadi sistem yang lebih komprehensif, bersepadu dan konsisten dengan data akan diselaraskan melalui API dengan papan pemuka sedia ada Malaysia Electric Vehicle Charging Network (MEVnet).

Antara isu berbangkit dalam kalangan pemilik EV di Malaysia ialah pengecas yang tidak berfungsi atau sedang digunakan tidak seperti dipaparkan dalam aplikasi. Juga wujud isu pengecas tidak lagi mempunyai kuasa pengecasan penuh kerana telah digunakan kenderaan lain.

Di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, Malaysia menyasarkan untuk menyediakan 10,000 ruang pengecasan awam di seluruh negara menjelang akhir tahun 2025. Tetapi di penghujung tahun lalu, hanya terdapat 5,360 pengecas awam yang jauh di bawah sasaran.