Kerajaan sedia pertimbang bantu pelakon Jasmine Suraya Chin Xin Mei untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kementeriannya bersedia untuk membantu Jasmine sekiranya yang dikemukakan adalah bersesuaian, lapor Bernama.

Foto: Malaysia Gazette
“Saya perlu kaji dan lihat apa yang kita boleh bantu tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi IWK Eco Park@Pantai Dalam di Kualau Lumpur pada Ahad.
Sebelum ini, Jasmine dilaporkan terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta kesayangannya bagi menanggung kos pengajian di Los Angeles bermula April ini, lapor mStar.
Kerajaan sedia pertimbang bantu Jasmine Suraya sambung pengajian
Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, dia memerlukan wang sebanyak RM400,000 bagi menampung kos pengajiannya sepanjang tahun di institut berkenaan.


