Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam

30 Sep 2023 • 6:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perobohan stadium itu dijangka akan dilaksanakan selewatnya awal November depan setelah KM yang dipohon diluluskan.

“Sememangnya (perobohan) stadium akan bermula tahun ini. Kalau tidak awal mungkin akhir Oktober. Kalau tidak awal November. Ini sasaran kami.

“Insya-Allah tahun ini akan mula perobohan dan tahun 2026 (KSSA) akan siap. Itu sasaran kita,” katanya yang ketika mengulas berhubung perkembangan terkini proses pembangunan KSSA selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di sini, hari ini.

Media pada Jun lepas melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sudah menghantar permohonan KM bagi melaksanakan perobohan stadium berkenaan.

Amirudin berkata ia berikutan Stadium Shah Alam merupakan struktur yang besar dan banyak proses perlu dilihat serta diteliti.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved