Kerajaan sentiasa komited bantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

1 Oct 2023 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kerajaan Negeri dan Persekutuan sentiasa komited dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, dengan itu, kementeriannya berbesar hati bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan di Sabah.

“Kerjasama ini diharapkan dapat membantu komuniti usahawan supaya bertambah maju khususnya kepada usahawan PMKS selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 - 2025 dan Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030).