Kerajaan Setuju Tangguh Bayaran Balik Pangsapuri Kakitangan Awam Di Lembah Sireh - Anwar

18 Jun 2023 • 5:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar (dua, kiri) menyampaikan replika kunci kepada sebahagian penerima pada majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kampung Jaya, Jalan Pasir Hor sempena lawatan kerja sehari beliau di Kelantan hari ini. - Gambar Bernama

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman kepada pembeli rumah pangsapuri kakitangan awam di Lembah Sireh, di sini, yang terbengkalai.

Beliau berkata tindakan itu dibuat bagi meringankan beban pembeli yang terpaksa menanggung pembayaran pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Pinjaman Sektor Awam (LPPSA).

Katanya pelepasan bayaran pinjaman berkenaan akan diberikan kepada pembeli yang terlibat, sehingga mereka boleh menduduki rumah masing-masing.

“Bagi projek perumahan penjawat awam di Lembah Sireh yang terbengkalai, saya buat keputusan, selagi rumah berkenaan tidak dapat diduduki, kita bagi pelepasan moratorium. Maknanya tidak perlu bayar sekarang, bayar nanti apabila dapat masuk ke rumah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Jaya, Pasir Hor di sini hari ini, dan turut hadir ialah Pengerusi Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) Datuk Husam Musa.

Sementara itu, Husam berkata SPNB akan membina 3,545 unit RMR tahun ini, dengan 2,558 unit RMR sedang dalam pembinaan dan 987 unit telah siap dibina. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved