Kerajaan Sokong Masjid Kampung Laut Jadi Tapak Warisan UNESCO

10 Sep 2022 • 10:21 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Antara tarikan Laman Warisan Kampung Laut ialah penempatan semula Masjid Kampung Laut berusia 400 tahun di lokasi asalnya selepas 50 tahun dipindahkan - Gambar Bernama

Kerajaan menyokong penuh langkah mewartakan Masjid Kampung Laut sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara serta Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam catatan di laman Facebook hari ini menyifatkan langkah itu sebagai sangat signifikan.

image is not available
Masjid Kampung Laut - Gambar Fail Bernama

“Saya amat gembira kerana setelah lebih 50 tahun, hasrat rakyat Kelantan untuk membawa pulang Masjid Lama Kampung Laut ini menjadi kenyataan ibarat ‘sirih pulang ke gagang.’

“Kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut,” katanya.

image is not available
Mimbar Masjid Kg Laut - Gambar Fail Bernama

Masjid tertua di Malaysia berusia 400 tahun itu telah dibawa pulang ke lokasi asal di Kampung Laut, Tumpat bersama komponennya seperti struktur menara, mimbar, kolah dan bedok selepas 50 tahun dipindahkan ke Nilam Puri berikutan tapak asalnya ditenggelami air akibat banjir.

Ismail Sabri juga berkata projek pembinaan Jambatan Palekbang, yang menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat bermula akhir tahun ini, mampu menyelesaikan masalah kesesakan aliran trafik.

Saya amat gembira kerana setelah lebih 50 tahun, hasrat rakyat Kelantan untuk membawa pulang Masjid Lama Kampung Laut ini menjadi kenyataan ibarat ‘sirih pulang ke gagang’. Kerajaan menyokong penuh langkah bagi mewartakan Masjid Kampung Laut ini sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara dan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana ia sangat signifikan. Kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut. Pembinaan Jambatan Palekbang bermula akhir tahun ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan aliran trafik di Kota Bharu serta menjadi pemangkin utama kepada negeri Kelantan sebagai destinasi pelaburan, pelancongan serta dapat menambah baik taraf sosioekonomi rakyat tempatan. Inilah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Friday, September 9, 2022

Beliau berkata jambatan sepanjang empat kilometer itu akan menjadi pemangkin utama kepada Kelantan sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan dapat menambah baik taraf sosioekonomi rakyat tempatan.

“Inilah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya. - Bernama