Kerajaan sudah tegas tangani jerebu rentas sempadan – PM

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan sudah tegas tangani jerebu rentas sempadan – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan sudah melakukan segala usaha yang termampu bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang kembali memburuk di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak pernah berlembut dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang sedang melanda negara.

“Kita sudah buat sedaya mungkin mengatasi perkara ini,” katanya mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil pendekatan terlalu berlembut dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Khairy sebelum ini menggesa kerajaan untuk mengambil pendirian lebih tegas dalam menangani masalah jerebu yang semakin memburuk itu. – UTUSAN

The post Kerajaan sudah tegas tangani jerebu rentas sempadan – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved