Kerajaan tak laksana GST

24 Feb 2023 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang melaksanakan cukai kepenggunaan berasas luas seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana dalam keadaan kebanyakan rakyat yang masih susah, inflasi makanan lebih lima peratus, kadar upah yang masih rendah maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang bersesuaian untuk memperkenalkan dan melaksanakan cukai berkenaan.

Justeru, Anwar berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang berkemampuan.

“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.

“Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

--MENYUSUL