Kerajaan tangguh syarat campuran 1% bahan api penerbangan hijau ke 2030 susulan kenaikan kos

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2026 • 4:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan tangguh syarat campuran 1% bahan api penerbangan hijau ke 2030 susulan kenaikan kos Image from: Kerajaan tangguh syarat campuran 1% bahan api penerbangan hijau ke 2030 susulan kenaikan kos sarah05/11/2026 - 16:23 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Nov - Kerajaan menangguhkan mandat adunan 1% bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada Januari 2027 kepada 2030 susulan lonjakan harga bahan api jet akibat konflik geopolitik yang meningkatkan kos operasi syarikat penerbangan.

 

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menilai kesediaan industri penerbangan melaksanakan mandat berkenaan.

 

Menurut beliau, mandat itu pada asalnya dijadualkan bermula Januari 2027 bagi penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

“Kerajaan mengambil maklum perkembangan geopolitik semasa yang memberi kesan kepada pasaran tenaga global, khususnya peningkatan harga bahan api jet akibat konflik peperangan.

 

“Keadaan ini telah memberi cabaran kepada industri penerbangan dari segi peningkatan kos operasi dan tekanan kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Noraini berkata, penyelarasan pelaksanaan kepada 2030 akan memberi ruang kepada syarikat penerbangan membuat persediaan dan menyesuaikan operasi, selain membolehkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membangunkan kerangka kawal selia yang bersesuaian.

 

Walaupun pelaksanaan mandat ditangguhkan, Malaysia terus memperkukuh pengeluaran SAF menerusi loji EcoCeres di Johor yang memulakan operasi komersial pada Oktober 2025 dengan kapasiti berlesen sebanyak 420,000 tan metrik setahun.

 

Selain itu, loji biopenapisan PETRONAS-Enilive-Euglena di Pengerang, Johor dijangka mula beroperasi pada separuh kedua 2028 dengan kapasiti pemprosesan sebanyak 650,000 tan metrik setahun.

 

Kedua-dua projek itu dijangka menyediakan kapasiti keseluruhan melebihi satu juta tan metrik setahun menjelang 2028, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pengeluaran SAF serantau.

 

Noraini berkata, KPK akan terus bekerjasama dengan MOT, CAAM dan pemain industri bagi memastikan pembangunan SAF diteruskan tanpa menjejaskan daya saing serta kelangsungan industri penerbangan negara.- DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved