Kerajaan tawar pendidikan percuma PTPTN, 5,800 pelajar B40 terima manfaat

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 6:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 OKT: Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pendidikan Percuma PTPN melibatkan 5,800 anak daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta setahun bagi memastikan akses pendidikan tinggi lebih inklusif untuk golongan berpendapatan rendah (B40).

Selain itu, kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) kepada semua mahasiswa yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Anwar, inisiatif ini dijangka memanfaatkan sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan tahunan sebanyak RM90 juta.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved