Kerajaan teliti peruntukan undang-undang tangani aktiviti songsang

LocalPolitics
2 Dec 2025 • 8:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Kerajaan akan meneliti peruntukan undang-undang sedia ada bagi menangani aktiviti tidak bermoral, susulan serbuan yang menahan 208 individu di Chow Kit.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti beberapa peruntukan undang-undang sedia ada susulan penahanan 208 individu dalam serbuan ke atas sebuah premis kesihatan di Chow Kit, Jumaat lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penelitian itu melibatkan peruntukan yang berkait rapat dengan penguatkuasaan terhadap aktiviti terbabit.

“Maklum balas daripada Bahagian Keselamatan Dalam Negeri serta pihak polis menunjukkan sudah sampai masanya untuk kita melihat semula beberapa peruntukan yang terkait bagi menangani kes-kes seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas serbuan KL Strike Force PDRM bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Serbuan itu menyaksikan 17 penjawat awam antara 208 individu berusia 19 hingga 60 tahun ditahan, termasuk 24 warga asing.

Polis juga merampas kondom dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan untuk tujuan tidak bermoral.

Mengulas dakwaan pencabulan privasi, Saifuddin Nasution menegaskan aspek privasi tidak terpakai dalam konteks operasi penguatkuasaan di premis yang menempatkan ratusan pengunjung.

“Privasi itu kalau dia bersendirian di rumah. Ini premis dengan 202 individu. Privasi apa lagi?” katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak perlu melihat isu berkenaan dalam konteks lebih luas, mengambil kira perbuatan yang bercanggah dengan nilai agama dan moral.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved