Kerajaan teliti pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia

Politics
7 Mar 2023 • 12:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

image is not available
Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kerajaan sedang meneliti untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memenuhi keperluan perkembangan digital semasa.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan, keputusan itu dibuat susulan mengambil kira perubahan teknologi maklumat, selain ia tidak dikemas kini sejak sekian lama.

"Memang kerajaan sedang meneliti beberapa perkara (berkenaan pindaan) namun di sini bukan tempat untuk saya katakan secara terperinci.

"Memang kita (akan) kemas kini (akta) sebab ia sudah lama (tidak dipinda), mengambil kira perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam dunia digital sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Town Hall Rakyat yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf, pada Isnin.

**media[2117978]**

Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, semua pihak boleh mengamalkan kebebasan bersuara namun bukan alasan untuk menyebarkan fitnah.

"Ada batasan (antara kritikan dan fitnah). Tiada isu apabila kritikan membina diberikan tetapi jika pembohongan disebarkan, kita perlu menghentikannya,” kata beliau.