Kerajaan Teliti Untuk Lesenkan Permainan Dalam Talian Seperti Roblox -Fahmi

LocalTechnology
30 Oct 2025 • 4:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan kini sedang meneliti mekanisme terbaik untuk lesenkan permainan dalam talian seperti Roblox, susulan kebimbangan terhadap kandungan yang mungkin memberi kesan negatif kepada kanak-kanak bawah umur.

image is not available

Sedang teliti lesenkan permainan dalam talian

Memetik laporan daripada Kosmo!, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memantau beberapa permainan lain yang disifatkan tidak sesuai untuk golongan bawah 16 tahun.

“Kita belum lagi berhasrat untuk melesenkan permainan Roblox tapi kita sedang membuat pemantauan sama ada perlu dilesenkan ataupun tidak.
“Bukan hanya Roblox tetapi banyak permainan lain dan ada dalam 10 jenis permainan lain yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah usia 16 tahun,” katanya.

image is not available

Teliti lesenkan permainan dalam talian, tak boleh diam diri

Tambah Fahmi, kerajaan tidak boleh berdiam diri berhubung isu ini dan kini sedang meneliti kerangka kawal selia paling sesuai.

“Jadi kita sedang memantau dan meneliti apakah mekanisme kerangka kawal selia yang terbaik. Berikan saya sedikit masa sebelum kita buat pengumuman.
“Tetapi kita tidak boleh berdiam diri, tidak boleh berpeluk tubuh cuma mekanismenya sedang diteliti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Raub Indah.

image is not available

Artikel lain: MESF Akan Perkenal Garis Panduan Keselamatan Roblox Bagi Lindungi Kanak-Kanak

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan memastikan persekitaran digital lebih selamat, khususnya buat kanak-kanak yang semakin terdedah dengan pelbagai kandungan di alam maya.

Sumber: Kosmo! (Norfarhiza Mohd Atar)