Kerajaan tepis dakwaan campur tangan badan kehakiman

LocalPolitics
30 Jun 2025 • 8:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan kehakiman negara sebaliknya sentiasa menghormati proses, kedudukan dan kebebasan institusi berkenaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, isu pelantikan atau penyambungan tempoh perkhidmatan penjawat awam termasuk hakim seharusnya tidak dijadikan bahan politik atau dinilai berdasarkan sentimen kelompok tertentu.

“Mana-mana penjawat awam atau hakim, apabila sampai tempoh persaraan, ada prosedurnya.

“Tempoh persaraan itu tidak automatik, apabila bersara ia tidak terus disambung secara automatik.

“Dalam keadaan ini saya ditegur. Malah ada satu kempen mesti sambung, jangan sambung. Ini mana boleh jadi? Institusi yang sepatutnya memiliki integriti dan bebas sudah dipolitikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL