“Kerajaan Terlalu ‘Suap’ B40! Mana Adilnya” – Golongan T20 & M40 Berang Tidak Diberi Bantuan

22 Feb 2023 • 3:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui ramai, B40 merupakan golongan isu rumah yang mempunyai pendapatan rendah dan disebabkan itu banyak manfaat diterima daripada pihak kerajaan berbanding golongan berpendapatan tinggi iaitu T20 dan M40.

Walaupun masyarakat sangat memahami golongan B40 sememangnya perlu dibantu oleh kerajaan dari segi beberapa faktor, masih juga yang datang dari golongan berpendapatan tinggi meluahkan rasa tidak puas hati kerana tidak dibantu oleh pihak kerajaan.

Baru-baru ini, seorang individu di Twitter meluahkan rasa berang kerana tiada sebarang bantuan untuk golongan T20 dan M40.

Dirinya berasa kerajaan terlalu ‘memanjakan’ golongan B40 dengan memberi pelbagai bantuan dari segi kewangan, makanan harian serta cukai.

Malah individu tersebut merasakan bantuan sepatutnya diberi secara adil dan rata tidak kira mana-mana golongan sekali pun.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki terbabit dengan meluahkan perkara tersebut dan ramai berpendapat, kata-kata individu itu jelas memaparkan diri mempunyai rasa dengki serta tidak puas dengan harta yang sudah dimiliki olehnya.

image is not available 6 bulan lalu

"Mak Bapak Anak Sama Selekeh!" - Hiasan Lego Dalam 'Mall' Hancur, Ramai Salahkan Golongan B40