Kerajaan teruskan BUDI Agri-Komoditi bantu pekebun kecil, golongan rentan - PM

LocalBusiness & Finance
25 May 2026 • 3:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kerajaan teruskan BUDI Agri-Komoditi bantu pekebun kecil, golongan rentan - PM

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar bagi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memahami denyut nadi rakyat yang sedang berdepan tekanan kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Atas pertimbangan tersebut, kerajaan bersetuju meneruskan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar demi membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini selepas mendengar pembentangan utama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berhubung krisis rantaian bekalan global yang semakin menekan.

Berkaitan jaminan kesihatan rakyat, Anwar berkata secara keseluruhannya bekalan ubat di negara ini masih stabil dan KKM akan terus memantau secara rapi sebarang cabaran melibatkan rantaian stok dan harga bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Apa jua cabaran mendatang, Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras, bertindak dengan ihsan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan negara,” kata beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved