Kerajaan Tiada Perancangan Untuk Kawal-Selia Harga Tambang Perkhidmatan Seru-Pandu Buat Masa Ini

TechnologyDigital
15 Nov 2023 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kerajaan buat masa ini tiada perancangan untuk mengawal-selia harga tambang untuk perkhidmatan seru-pandu.

Menjawab pertanyaan di Parlimen, Menteri Pengangkutan menyatakan kadar tambang yang dibayar pengguna untuk perkhidmatan seru-pandu adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran pada sesuatu masa. Sekiranya harga tambang siling diperkenalkan, ia berkemungkinan membawa kepada peningkatan harga, sekaligus menyukarkan pengguna dalam menggunakan perkhidmatan seru-pandu.

Disebabkan oleh itu, kerajaan belum merancang untuk melakukan kawal-selia harga tambang perkhidmatan seru-pandu buat masa ini.

Turut ditambah adalah berdasarkan dasar sedia ada, syarikat perkhidmatan seru-pandu boleh ambil maksima 20% komisen untuk caj perkhidmatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved