Kerajaan Tidak Akan Hukum Ibu Bapa Benarkan Anak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 6:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam kerajaan Malaysia mengumumkan pengharaman pendaftaran akaun media sosial untuk individu bawah 16 tahun. Ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026 menerusi pengesahan MyKad, pasport atau MyDigital ID. Alasan yang diberikan ialah memastikan keselamatan pengguna bawah umur di Malaysia.

image is not available

Sungguhpun begitu Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menghukum ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak bawah 16 tahun bawah jagaan mereka membuka akaun media sosial.

Beliau tuurt berkata ibu bapa serta penjaga masih bertanggungjawab untuk memantau penggunaan internet anak-anak mereka dan mendidik mereka tentang tabiat selamat semasa melayari internet.