Kerajaan Tidak Akan Menangguhkan Pelaksanaan Lesen Media Sosial

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia akan meneruskan rangka kerja pelesenan untuk perkhidmatan media sosial dan mesej Internet mulai 1 Januari 2025 mengikut perancangan asal. Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, tiada sebarang penangguhan akan dilakukan walaupun selepas ia menerima kritikan daripada Asian Internet Coalition (AIC) dua hari lalu.

image is not available

Fahmi turut menambah beliau bersedia untuk melakukan pertemuan dengan AIC. Pihak IAC dikatakan telahpun diminta memberikan maklum balas mengenai rangka kerja pelesenan oleh SKMM pada Mei lalu tetapi sehingga kini belum diberikan dengan meminta penangguhan beberapa kali. AIC ialah persatuan yang mewakili sejumlah syarikat-syarikat teknologi global seperti Apple, Facebook, Google, Expedia Group, Amazon, Line, dan LinkedIn.

Semalam AIC menarik kenyataan mengatakan rangka kerja pelesenan media sosial dan aplikasi pemesejan di Malaysia tidak boleh dilaksanakan. Tetapi mereka masih melihat ia akan menghalang inovasi kerana pelbagai kos yang perlu ditanggung pemilik platform.