Kerajaan tidak berhasrat kekang hak wartawan: Fahmi

Politics
12 Mar 2024 • 11:52 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat untuk mengekang hak bersuara wartawan dalam membuat sebarang pelaporan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata setakat ini tiada seorang wartawan pernah ditangkap, diheret ke mahkamah ataupun disoal siasat pihak berkuasa kerana membuat pelaporan ataupun menerbitkan berita mengenai skandal besar.

“Sebagai seorang demokrat, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip reformasi, saya dan pentadbiran ini tidak berhasrat mengekang hak bersuara khususnya hak para wartawan membuat pelaporan.

“Kebebasan media itu menjadi salah satu teras utama yang bukan hanya perlu kita sokong, tetapi kita juga perlu makmurkan lagi,“ katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu jaminan kerajaan dalam memastikan Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah dikemas kini dan ditambah baik tidak akan mengekang mana-mana pengamal media untuk melaporkan atau membongkarkan sesuatu skandal dan sebagainya.

lagi..

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved