Kerajaan tubuh Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius, kukuhkan kredibiliti pengurusan fiskal

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 9:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) bagi mengukuhkan kredibiliti pengurusan fiskal negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan penubuhan jawatankuasa itu dibuat ketika mempengerusikan mesyuarat JKKTN, semalam.

Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius

Instagram will load in the frontend.

“Perhatian serius diberikan terhadap penemuan audit berkaitan ketakteraturan kewangan yang berpotensi menjejaskan kredibiliti pengurusan fiskal negara.

“Sehubungan itu, dan selari dengan pengukuhan peranan Jabatan Audit Negara melalui pindaan kepada Akta Audit 1957, mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan JTKS,” ujarnya dalam sebuah hantaran di media sosial, semalam.

Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius

image is not available

image is not available

Jelas Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan, penubuhan JTKS tersebut bertujuan memastikan tindakan susulan yang lebih holistik, bersasar dan berimpak tinggi dapat dilaksanakan, selaras dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti.

Sumber: Instagram @Anwar Ibrahim