Kerajaan umum 18, 19 Nov hari kelepasan am, mudahkan urusan pengundi

14 Nov 2022 • 6:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 14 NOV: Kerajaan mengumumkan 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan pengundi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata Sabtu, 19 Nov itu turut diumumkan sebagai hari kelepasan am kerana terdapat kemungkinan syarikat-syarikat swasta, terutamanya kilang yang tidak tutup pada hari berkenaan, menyebabkan pekerja mereka tidak boleh mengundi.

“Hak mengundi adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan dan saya tidak mahu satu orang pun yang dihalang daripada mengundi,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian, manakala esok ialah hari pengundian awal.

Pada 7 Nov, Cuepacs mencadangkan kerajaan mengisytiharkan cuti umum khas pada 18 Nov untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada PRU15, dan pada 8 Nov, Ismail Sabri dilaporkan berkata cadangan itu akan dipertimbangkan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved