Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Disember ini

21 Nov 2023 • 10:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar).

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Skim itu memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.

“Dari segi motosikal elektrik, kita akan lancarkan pada 8 Disember ini macam mana nak mohon insentif yang diberi kepada kenderaan elektrik (EV) dua roda seperti diumumkan Perdana Menteri.

“Kita akan beri pencerahan kepada pembeli motosikal EV yang layak bagaimana dapat memohon untuk bantuan tunai ini,“ katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 di sini, pada Selasa. -Bernama