Kerajaan Umum Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap – Internet 30Mbps Untuk RM69 Sebulan

TechnologyDigital
2 Feb 2023 • 5:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap secara rasminya, menyasarkan dalam usaha membantu golongan B40 dengan akses pada harga lebih rendah.

Melalui pakej yang akan ditawarkan penyedia perkhidmatan bermula Mac 2023 kelak, pengguna akan disediakan dengan pelan berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM69 sebulan. Setiap pakej turut hadir dengan kontrak selama 24 bulan.

Pakej ini akan ditawarkan oleh TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME dan juga Astro.