Kerajaan utamakan pengukuhan hubungan dengan China - PM

Politics
1 Apr 2023 • 7:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Perdana Menteri Cina, Li Qiang pada sambutan rasmi di Great Hall of the People, pada Sabtu. - Foto Bernama

BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pentadbirannya akan mengutamakan usaha untuk membina hubungan dua hala yang lebih kukuh dengan China.

"Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan China tetapi dengan kerajaan baharu, pendirian kami adalah lebih jelas.

"Saya mengambil pendirian bahawa keutamaan kami (menyokong) ‘Dasar Satu China’ selain menumpukan kepada hubungan dua hala dengan China,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian di dalam ucapannya semasa mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatnya dari China, Li Qiang yang berlangsung di Great Hall of the People, di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, banyak dasar yang dipelopori Presiden China, Xi Jinping seperti komuniti yang berkongsi masa hadapan, inisiatif keselamatan dan peradaban adalah sama dengan konsep MADANI di Malaysia.

"Itulah faktor mengapa kami memilih secara terbuka mengumumkan sokongan kepada China dan kepimpinannya,” kata beliau.

Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden terhadap layanan baik dan mesra kepada beliau dan delegasi Malaysia.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved