'Kerajaan wajib segera bawa RUU pemandu mabuk lebih tegas' - Radzi Jidin

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 12:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kerajaan wajib segera bawa RUU pemandu mabuk lebih tegas' - Radzi Jidin
Radzi Jidin

SHAH ALAM- Kerajaan digesa meminda semula Rang Undang- Undang (RUU) bagi memperketat undang-undang sedia ada berkaitan hukuman berat terhadap pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia termasuk pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

"Kerajaan wajib segera membawa RUU lebih tegas. Dua pelajar maut dipercayai dilanggar pemandu mabuk di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia, Teluk Intan, Perak," ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini tular video dua pelajar sekolah menengah meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta.

Kereta itu dipercayai dipandu lelaki mabuk berhadapan Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved