Kerana Enggan Melafazkan Cerai, Diana Danielle & Farid Kamil Diperintah Melantik Wakil JKP Oleh Mahkamah

LocalEntertainment
16 Dec 2024 • 1:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana Farid enggan melafazkan cerai.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson pada sebutan kali kedua kes penceraian mereka.

image is not available

Menurut Kosmo, dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Kedua-dua pasangan itu enggan memaklumkan wakil JKP yang akan mewakili mereka.

Mahkamah menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

image is not available 23 hours ago

"Lepaskan Saya, Jangan Zalimi Saya Dah" - Diana Danielle Nekad Mahu Bercerai