Kerana 'Flying Kiss', Gosip Cinta Anak Shah Rukh Khan, Suhana Khan Dengan Agastya Nanda Bertebaran Semula 

31 Mar 2023 • 1:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Agastya Nanda dan Suhana Khan. - Gambar dari Instagram @Suhanakhan2

Kalau dulu ramai yang memberikan tumpuan kepada anak sulung Datuk Shah Rukh Khan kerana wajah tampannya, kini giliran anak perempuan kepada superstar Bollywood itu iaitu Suhana Khan pula menjadi topik bualan hangat serta lebih banyak meraih perhatian. 

Apa tidaknya, sejak produser dan pengarah, Zoya Akhtar mengumumkan tentang projek filem 'The Archies' untuk tayangan Netflix Original beserta barisan pelakonnya, semua mata mula tertumpu kepada Suhana dengan Agastya Nanda yang juga cucu kepada aktor lagenda, Amitabh Batchan. 

image is not available
Suhana Khan

Kedua-dua mereka adalah antara barisan pelakon dalam siri The Archies yang diadaptasi daripada komik Archies yang popular dan pada waktu yang sama, sewaktu menjayakan penggambaran, timbul juga gosip tentang hubungan cinta mereka. 

Bahkan, hubungan cinta di antara kedua-dua pelakon muda ini juga dikatakan sudah diketahui oleh keluarga masing-masing.

Namun, baik Suhana mahu pun Agastya, masing-masing tidak mengiyakan atau menidakkan tentang status hubungan cinta mereka itu. 

image is not available
Agastya Nanda

Terbaharu, status hubungan Suhana dan Agastya sekali lagi diperkatakan sewaktu menghadiri parti hari jadi Tania Shroff iaitu kekasih kepada aktor, Ahan Shetty. 

Ahan Shetty yang juga anak kepada aktor senior, Suneil Shetty itu mengadakan sambutan hari ulang tahun untuk Tania Shroff.  Ramai rakan-rakan rapat dan kenalan terdekat yang diundang termasuk Suhana dan Agastya. 

Sewaktu Suhana meninggalkan parti tersebut, Agastya dan Tania dilihat telah menemaninya sehingga ke kereta. 

Suhana juga sempat memberikan ucapan buat Tania dan apa yang menarik, setelah berada di dalam kereta, Agastya memberikan flying kiss buat Suhana. 

Video flying kiss Agastya buat Suhana telah pun tersebar sehingga menjadi viral dan ia membuatkan ramai yang percaya bahawa mereka mempunyai hubungan yang istimewa. – Getaran, 31 Mac 2023 

View Original Article