Kerana Kekurangan Cip, Telefon Pintar Mungkin Kembali Menyokong Kad Micro SD

TechnologyDigital
8 Dec 2025 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun depan kos untuk RAM dan storan SSD dijangka meningkat sehingga 30% disebabkan permintaan cip NAND yang tinggi oleh sektor pusat data khususnya untuk melatih kecerdasan buatan. Samsung, Dell, dan Xiaomi adalah antara pengeluar yang memberikan amaran tidak dapat mengelakkan harga jualan peranti dalam masa terdekat. Kini muncul ura-ura telefon pintar tahun depan akan kembali menyokong kad Micro SD bagi mengurangkan impak kekurangan cip menurut laporan WCCFTech.

image is not available

Mereka memetik ura-ura yang dikeluarkan oleh peniris maklumat Repeater 002 di Weibo. Pengguna dijangka akan membeli peranti dengan storan berkapasiti kecil bagi mengelak membayar lebih untuk telefon baharu. Sokongan kad Micro SD akan membolehkan mereka menambah storan apabila diperlukan di masa hadapan.

Ura-ura yang menarik tetapi hakikatnya tidak ramai pengguna memiliki kad Micro SD yang berkelajuan tinggi pada ketika ini. Malahan harga Micro SD juga akan meningkat selari dengan harga storan serta RAM. Di pasaran hanya beberapa pengeluar seperti Sony sahaja yang masih menjual peranti Xperia dengan sokongan kad Micro SD. Ciri ini kini hanya ditawarkan pada peranti murahan sahaja oleh pengeluar lain tetapi tidak pada peranti kelas mercu.