Kerana mulut, Klopp digantung dan didenda AS$95,000

Football
19 May 2023 • 8:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Klopp bertikam lidah dengan Tierney selepas perlawanan EPL Liverpool menentang Tottenham.

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp digantung dari berada di garisan tepi padang bagi dua perlawanan dan didenda 75,000 pound (AS$95,000) berikutan komennya kepada media selepas menentang Tottenham Hotspur di Stadium Anfield pada 30 April, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris.

Bekas pengendali kelab Bundesliga, Borussia Dortmund itu mendakwa pengadil Paul Tierney mempunyai sesuatu 'menentang' Liverpool selepas tuan rumah dipaksa berhempas pulas mengekang kebangkitan pasukan pelawat sebelum menang 4-3.

Badan pengadil menyemak audio antara Tierney dengan Klopp, mendapati pegawai perlawanan tersebut bertindak secara profesional sepanjang masa.

"Perlawanan pertama larangan Klopp di garisan tepi padang berkuat kuasa serta-merta dan perlawanan kedua digantung sehingga akhir musim 2023-24, dengan syarat dia tidak melakukan apa-apa lagi pelanggaran Peraturan FA E3 dalam masa sama," kata badan induk tersebut.

Perkembangan terkini itu menyaksikan pengendali dari Jerman itu tidak akan menguruskan The Reds apabila melayan kunjungan kelab penuh kejutan, Aston Villa pada Sabtu.

Sebagai rekod, Liverpool berada di tempat kelima dalam kedudukan liga dengan 65 mata, tujuh mata di hadapan Brighton and Hove Albion di tempat keenam tetapi telah bermain lebih dua perlawanan.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (20 MEI)

Tottenham Hotspur lwn Brentford, 7.30 malam

Liverpool lwn Aston Villa, 10 malam

Wolves lwn Everton, 10 malam

Bournemouth lwn Manchester United, 10 malam

Fulham lwn Crystal Palace, 10 malam

AHAD (21 MEI)

Nottingham Forest lwn Arsenal, 12.30 tengah malam

West Ham United lwn Leeds United, 8.30 malam

Brighton lwn Southampton, 9 malam

Manchester City lwn Chelsea, 11 malam

SELASA (23 MEI)

Newcastle United lwn Leicester City, 3 pagi

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved